Kenali Boer

 

kambing jantan

 

 

Kambing boer

● Jurusan pedaging.
● Warna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala.
● Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian.
● Bertanduk pada jantan dan betina.
● Sangat popular masa kini.
● Berat jantan: 110 kilogram (kg) hingga 135kg.
● Berat betina: 90 kg hingga 100 kg.
● Beranak tiga kali dalam masa dua tahun.
● Cepat matang: biasanya enam bulan untuk jantan dan 10 hingga 12 bulan untuk betina.

Jantan

Betina

Besar dan berat badan lebih 25 kg. Sedang atau tidak kurang 20 kg.
Kepala sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk mata bersinar. Panjang dan sederhana.
Leher dan bahu tidak panjang dan pejal. dan sempit. Leher jinjang, bahu kecil dan sempit.
Dada bidang dan gempal. Sederhana.
Bahagian belakang lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh. Bahagian belakang lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh. .
Kaki belakang tegap dan kukuh kedua-dua selari peha lebar dan besar. Kaki hadapan tegap dan kukuh kedua-dua selari
Tapak kaki rata, boleh berdiri tetap dan melangkah dengan baik kuku pendek Ambing susu dan puting susu.
Tabiat cergas serta gagah. Sihat dan tidak mempunyai penyakit yang berjangkit.
Kesihatan sihat dan tidak mempunyai penyakit yang berjangkit. Cergas serta subur.

KAEDAH PEMELIHARAAN

Pemilihan kawasan

● Mempunyai teduhan seperti pokok-pokok, serta pengedaran udara yang baik.
● Kawasan tinggi, tidak mudah banjir atau berair
● Jauh daripada kesibukan manusia atau kawasan perumahan.
● Keselamatan terjamin.

Sistem Pengurusan

● Sistem berkurung (insentif)
● Sistem separuh berkurung (semi insentif )
● Sistem ragut lepas Sistem berkurung
● Kambing dikurung 24 jam
● Semua aktiviti dilakukan dalam kandang seperti makan, minum, rawatan kesihatan, timbang, jualan dan pelbagai lagi aktiviti.
● Sistem yang digalakkan, mengelakkan masalah sosial, dan masalah kesihatan ternakan dapat diatasi dengan mudah dan segera.
● Rumput dipotong dan diangkut ke kandang (Fodder)
● Rumput yang disyorkan adalah rumput Napier.

Kebaikan sistem insentif

● Mengatasi serangan cacing, kutu, dan menjauhi penyakit yang mudah berjangkit.
● Kos ubat yang kurang.
● Mengurangkan risiko dipatuk ular dan ternakan dicuri orang.
● Mengelakkan masalah sosial kepada penduduk sekitar. Kebaikan sistem semi intensif
● Najis dan air kencing ternakan menjadi baja pada tumbuhan utama.
● Mengurangkan kos meracun kerana rumput dan rumpai dimakan oleh ternakan.
● Menambahkan hasil.
● Penggunaan tanah yang optimum untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Bertambat

● Cara tradisonal.
● Ternakan ditambat di kawasan sekitar yang ada rumput.
● Jumlah ternakan yang sikit.
● Dibela untuk kegunaan sendiri. Keperluan kandang
● Memudahkan pengurusan
- Pengasingan ternakan mengikut kumpulan: Jantan, bunting, beranak, anak, sakit.
- Fidlot dan sebagainya.
● Keselamatan ternakan
- Ancaman anjing/binatang liar
- Kecurian.
● Aktiviti atau program khusus ternakan
- Rawatan
- Vaksinasi
- Pemberian ubat cacing/kutu
- Ketam, potong kuku

 

kandang berlantai dan tinggi lebih baik

(contoh agroternak): kandang berlantai dan tinggi lebih baik

Pemilihan lokasi

● Mempunyai kemudahan pengangkutan (jalan) dan tidak jauh dari tempat bekalan makanan atau pemasaran
● Tidak terlalu dekat dengan kawasan kediaman atau perumahan bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam
● Kawasan yang agak tinggi bagi mengelakkan kelembapan dan lecak serta memudahkan kerja pemunggahan ternakan, makanan dengan menarah tanah pada bahagian sesuai
● Elak gangguan kebisingan dan lalu lintas – jauh dari jalan raya yang sibuk.

Pelan kandang

Dua faktor perlu diambil kira:-

a. Keselesaan dan kesihatan ternakan.
b. Mudah dan murah diurus dari segi kerja dan kos

● Jika lebih daripada satu kandang akan didirikan, jarak antara dua bangunan dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan bangunan itu sendiri

Pemilihan jenis kandang

● lantai di atas tanah
● lantai atas

Lantai atas tanah

● Tanah ditambak pada bahagian dalam kandang supaya lebih tinggi daripada sekeliling
● Lantai dibuat cerun ke satu sisi untuk memudah pengaliran air

Lantai atas

● Lebih selesa – pengudaraan lebih baik, kurangkan jangkitan penyakit
● Ketinggian lantai (dari tanah): lima hingga enam kaki (1.2-1.4 m)
● Memudahkan kerja buang najis
● Jika terlalu rendah, terdedah kepada peruapan ammonia daripada kencing pada waktu malam menyebabkan pneumonia
● Sesuai jika penternak mengamalkan penggunaan unggun api di bawah kandang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.